Rabu, 12 Mac 2014

CONTOH PBS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 2014


Sya nak konsgsi hasil PBS yang Sya buat tahun 2014 :) semoga ape yang kita kongsi ni Allah berkati . Semua ilmu Allah . In Shaa Allah . Jangan tiru sebiji-sejibik . sebagai panduan boleh lahh, sebab, tak semua cikgu sama cara dia menilai~ Enjoyy . . .


PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Mohd Sha’rani Bin Sapari, Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra kerana memberi keizinan untuk menjalankan kajian luar ini. Ribuan terima kasih juga kepada Encik Rozi Bin Abd Ghani selaku penyelia saya atas kesudian beliau meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyempurnakan kerja kursus ini. Teguran dan tunjuk ajar beliau amat saya hargai.
            Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra yang telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dan nasihat sepanjang saya berada di sekolah ini.
            Terima kasih juga kepada kedua ibu dan bapa iaitu Encik Ramle Bin Abdul Samad dan Puan Zaliha Binti Miswadi kerana telah banyak memberi dorongan, nasihat, kewangan serta pendapat sepanjang kerja kursus ini berjalan.Tidak lupa juga kepada adik-adik yang dikasihi, Muhamad Al Amin Bin Ramle dan Nur Amira Adila Binti Ramle, terima kasih kerana memberi pendapat dan kerjasama.
            Penghargaan ini juga buat semua pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra yang disayangi, terima kasih kerana sudi membantu dalam menghasilkan kerja kursus ini. Jasa anda semua amat dihargai.

Sekian, terima kasih kepada semua.

PENGENALAN
             Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka. Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara. Dalam membentuk perpaduan kaum, kerajaan perlu menjalankan dasar perpaduan supaya rakyat supaya rakyat Malaysia menjadikan dasar ini sebagai pegangan mereka dalam mencapai perpaduan kaum.
            Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara. Cara pertama adalah dengan integrasi. Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, social dan lokasi sesebuah unit politik. Seterusnya ialah asimilasi, manakala asimilasi pula satu proses kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang besar. Dasar yang membolehkan semangat perpaduan dibentuk ialah menjadikan sukan sebagai alat perpaduan.
            Bagi negara-negara yang mempunyai pelbagai kaum, perpaduan dan integrasi merupakan satu perkara yang sangat penting dalam mempertahankan kedaulatan negara. Ia adalah satu proses penyatupadukan pelbagai kumpulan masyarakat yang mempunyai budaya dan sosial yang berbeza.
            Sukan menurut kamus dewan ialah segala jenis latihan gerak badan dan permainan yang memerlukan tenaga dan ketangkasan. Sukan dan masyarakat mempunyai hubungan yang langsung antara satu sama lain. Sukan yang positif seperti kecerdasan cara hidup sihat dan sebagainya boleh diperoleh oleh pelajar melalui aktiviti yang dianjur kan oleh pihak sekolah. Sukan berupaya menanamkan nilai-nilai positif dalam masyarakat dan memberi perimbangan dalam nilai kehidupan dari segi jasmani di samping memberi kesan positif kepada  kehidupan rohani.
              Larian STAR Putra merupakan salah satu aktiviti yang diadakan di SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulaijaya. Larian ini diadakan adalah untuk mewujudkan hubungan yang akrab antara pelajar-pelajar di sekolah ini. Hal ini kerana, semua pelajar diwajibkan terlibat dalam Larian STAR Putra supaya tidak seorang pun pelajar yang terkecuali bagi mencapai objektif Larian STAR Putra ini iaitu melahirkan pelajar yang mempunyai kecergasan fizikal dan dapat mewujudkan semangat perpaduan diantara pelajar-pelajar di SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulaijaya.
            Rasional kajian ini dilakukan ialah kerana kurangnya semangat assabiyah dalam kalangan pelajar di SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulaijaya. Hal ini berlaku kerana majoriti pelajar-pelajar pelbagai bangsa akan berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang mereka amalkan dan menyukarkan bangsa lain untuk memahami dan berkomunikasi sesama mereka. Selalunya, pelajar-pelajar ini akan duduk didalam kelompok mengikut bangsa dan kurang keinginan untuk bercampur dengan bangsa lain.
            Oleh itu, dalam kajian ini, pengkaji mengenalpasti aktiviti-aktiviti Larian STAR Putra yang dapat mewujudkan perpaduan di SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulaijaya. Pelbagai aktiviti-aktiviti yang diadakan daripada permulaan hinggalah ke akhir. Acara larian jarak jauh semakin mendapat tempat dalam kalangan prlajar-pelajar sekolah. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah dalam menjayakan semua aktiviti Larian STAR Putra. Antara aktiviti yang diadakan ialah aktiviti berkumpul di tapak perhimpunan mengikut kelas / rumah sukan, aktiviti taklimat Larian STAR Putra yang disampaikan oleh guru yang bertugas, aktiviti regangan yang diketuai oleh olahragawan sekolah, pergerakkan ke garisan permulaan mengikut kategori secara terkawal, aktiviti Larian STAR Putra dijalankan, aktiviti rehat bersama rakan-rakan selepas larian, aktiviti penyampaian hadiah yang diberikan kepada pemenang setiap kategori, ucapan penutup Larian STAR Putra oleh Pengetua, dan aktiviti nyanyian lagu Negaraku sebagai penutup acara.
             Justeru itu, dalam kajian ini pengkaji ingin mengkaji kesan-kesan penglibatan pelajar-pelajar dalam Larian STAR Putra yang dapat mewujudkan perpaduan. Setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan mempunyai kesan-kesan tersendiri. Semua aktiviti yang dilakukan mempunyai kesan-kesan positif. Antara kesan-kesannya ialah menggalakkan interaksi dan komunikasi antara pelajar-pelajar, membentuk sikap patuh kepada arahan yang diberikan, mewujudkan suasana kemesraan dalam kalangan pelajar SMK Tunku Abdul Rahman Putra, membentuk sikap kerjasama yang tinggi dalam kalangan pelajar, mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi, menzahirkan keprihatinan / empati yang tinggi dalam kalangan pelajar, melahirkan insan yang bersikap terbuka terhadap keputusan yang diterima, dan meningkatkan semangat cintakan negara.
            Akhir sekali, kajian ini dihasilkan dengan bantuan bahan rujukan seperti internet, buku ilmiah, surat khabar dan majalah sukan.
            

ABSTRAK
                                                               
LARIAN STAR PUTRA DAPAT MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN DALAM KALANGAN PELAJAR-PELAJAR DI SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA, KULAIJAYA, JOHOR.

            Perpaduan merupakan teras kepada keamanan dan keselamatan Negara. Kajian ini bertujuan melihat sukan dapat memupuk perpaduan di SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulaijaya, Johor. Tumpuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti aktiviti-aktiviti Larian STAR Putra yang dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar-pelajar SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulaijaya. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk mengkaji kesan-kesan penglibatan pelajar-pelajar SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulaijaya dalam Larian STAR Putra terhadap perpaduan. SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulaijaya dipilih sebagai kawasan kajian kerana lokasinya yang strategik dan mempunyai bilangan pelajar yang ramai. Kaedah kajian yang digunakan semasa menjalankan kajian ini adalah temubual seorang pelajar, soal selidik diberikan kepada kumpulan sasaran bagi kajian ini dan pemerhatian ketika kajian ini dijalankan. Data telah dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif seperti frekuensi untuk melihat taburan peratusan dan purata. Keputusan analisis menunjukkan ketika aktiviti Larian STAR Putra dijalankan, perpaduan dapat diwujudkan dan kesan penglibatan pelajar terhadap perpaduan ialah mewujudkan suasana kemesraan dalam kalangan pelajar sekolah ini.


                                                                                                           
1.0 OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat dua objektif dalam menjalankan kajian ini. Kajian yang dibuat adalah berlandaskan objektif kajian yang telah disusun :
1. Mengenalpasti aktiviti-aktiviti Larian STAR Putra yang dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar-pelajar SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulaijaya.
2. Mengkaji kesan-kesan penglibatan pelajar-pelajar SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulaijaya.terhadap perpaduan.



                                                                                                         
2.0 LOKASI KAJIAN
(Peta Johor)










Peta 1: Peta Johor
Rajah di atas menunjukkan lokasi negeri kajian dilakukan iaitu di negeri Johor. Negeri Johor terletak di selatan Malaysia. Keluasan negeri Johor ialah 19 210 kilometer persegi (7,420 bt2). Johor merupakan negeri kedua terbesar di negara Malaysia. Ibu negeri Johor ialah Johor Bahru iaitu sebuah bandar raya di selatan negeri ini. Wujud bandar-bandar utama seperti Batu Pahat, Muar dan juga Kluang. Nama rasminya iaitu "Darul Ta'zim" berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud tempat perlindungan yang bermaruah.





2.1 DAERAH KULAIJAYA


  (Peta Daerah)








Peta 2 : Peta Kulaijaya
            Daerah Kulaijaya merupakan satu daripada dua daerah baru yang diwujudkan di negeri Johor. Daerah baru ini terbentuk hasil daripada pecahan bahagian utara Daerah Johor Bahru yang merangkumi bandar Kulai, Ayer Bemban, Bukit Batu, Kelapa Sawit, Saleng, Sedenak, Seelong, Senai, dan Sengkang.Bandar Kulai terletak 29 km dari pusat bandar raya Johor Bahru dan 8 km dari Skudai. Ia terletak di bahagian pertengahan daerah ini. Bandar Kulai serta kebanyakan pekan dalam daerah ini dihubungkan melalui laluan persekutuan yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Bandar Kulai juga dikelilingi ladang getah dah kelapa sawit.



2.2 PETA SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA





(Peta Lokasi Kajian) 






Peta 3: Peta Kawasan Kajian (SMK Tunku Abdul Rahman Putra,Kulaijaya)
            Nama SMK Tunku Abdul Rahman Putra diambil sempena nama Perdana Menteri pertama Malaysia. SMK Tunku Abdul Rahman Putra adalah antara sekolah yang terletak di daerah Kulaijaya. SMK Tunku Abdul Rahman Putra juga berada di belakang SMK Munshi Abdullah serta bersebelahan dengan Pasaraya Mydin. SMK Tunku Abdul Rahman Putra adalah antara sekolah yang dikenali di daerah Kulaijaya kerana pencapaian dalam sukan yang amat membanggakan.


                                                                                                            
3.0 KAEDAH KAJIAN
            Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk menghubung kaitan persoalan atau objektif kajian dengan hasil kajian. Reka bentuk kajian dalam penyelidikan ini adalah menggunakan kaedah persempelan rawak mudah. Kaedah ini menggunakan instrument barang kaji selidik yang mana hal ini mudah untuk mendapat kerjasama daripada responden.
3.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian ini adalah kaedah mengumpul maklumat dengan bertanyakan satu set soalan kepada sempel individu yang terpilih daripada satu popilasi yang hendak dikaji. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah penglibatan pelajar-pelajar dalam sukan dapat mengukuhkan perpaduan.
3.2 Sampel Kajian
Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara rawak mudah yang melibatkan 30 orang pelajar-pelajar  SMK Tunku Abdul Rahman Putra. Bilangan sampel bersesuaian dengan kajian kuantitatif yang memerlukan bilangan sampel yang besar untuk mewakili populasi yang dikaji.
            Antara ciri-ciri yang diambil kira semasa proses pemilihan responden ialahmereka seharusnya individu yang terlibat dengan kajian yang dilakukan. Responden haruslah berumur antara 16 hingga 18 tahun ke atas kerana pada usia ini mereka boleh membuat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi individu lain.
3.3 Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan instrument borang kaji selidik, pemerhatian dan temubual.



3.3.1 Soal Selidik
Instrument soal selidik yang dibina menggunakan prinsip KISS (Keep it short and simple) iaitu mengemukakan soalan yang ringkas dam mudah untuk difahami. (R. Kuberan et al, 2013) borang soal selidik ini mengandungi 2 bahagian serta mengandungi 17 soalan berkaitan dengan pandangan pelajar-pelajar di sekolah ini tentang kaitan sukan terhadap perpaduan. Soalan dalam borang soal selidik merupakan soalan tertutup dan menggunakan skala Likert 3 poin.
3.3.2 Temu Bual
Pengkaji menyediakan 4 soalan yang berkaitan dengan kesan-kesan penglibatan pelajar –pelajar dalam sukan terhadap perpaduan untuk mendapatkan maklumat daripada responden.

3.4 Cara Pengumpulan Data
Data dan maklumat untuk kajian ini dikumpul menggunakan pelbagai cara seperti dokumentasi, soal selidik dan temubual.
3.4.1 Dokumentasi
Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang sudah diterbitkan seperti jurnal, tesis, akhbar, dan sumber daripada internet bagi mendapat maklumat yang berkenaan.
3.4.2 Soal Selidik
Kaedah soal selidik adalah cara yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang persepsi pelajar-pelajar terhadap perpaduan. Kaedah ini adalah kaedah utama dalam pengumpulan data kerana boleh berhubung terus dengan kumpulan sasaran kajian. Borang soal selidik diberikan kepada 30 orang responden yang sudi bekerjasama. Responden diberi masa 2-3 minit untuk menjawab semua soalan.


3.4.3 Temu Bual
Kaedah temubual dilakukan adalah untuk menanyakan soalan tambahan kepada individu tentang kajian yang dilakukan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Soalan yang dikemukakan haruslah menggunakan bahasa yang mudah supaya soalan mudah difahami dan dijawab oleh individu yang ditemubual. Rasionalnya, untuk memudahkan responden bebas memberikan pandangan mereka yang difikirkan sesuai.


                                                                                                                     
4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan daripada boring soal selidik yang telah diisi oleh responden. Data yang telah digunakan telah diproses bagi mendapatkan statistic seperti nilai peratusan, taburan kekerapan dan purata.

4.1 DEMOGRAFI RESPONDEN
Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah telah disoal selidik. Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek jantina, umur agama dan bangsa dipersembahkan dalam bentuk rajah.


                                                                                                            
4.1.1 Umur (Lampirkan Carta Pai Daripada Hasil Soal Selidik Anda)
Rajah 1 Umur responden
Sumber : Kajian Lapangan (2014)
Berdasarkan hasil kajian, daripada 30 orang responden yang disoal selidik, responden yang berumur 15 tahun adalah seramai  5 orang (17 peratus) dan responden yang berumur 16 tahun adalah seramai 4 orang(13 peratus). Seterusnya, responden yang berumur 17 tahun adalah seramai 7 orang(23 peratus) dan responden yang berumur 18 tahun keatas pula seramai 14 orang (47 peratus). Responden yang dipilih berdasarkan peringkat usia ini mempunyai pandangan yang berbeza-beza.

                                                                                                          
4.1.2 Jantina


Rajah 2 Jantina responden
Sumber : Kajian Lapangan (2014)
Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 orang responden seramai 11 orang  (37 peratus) adalah terdiri daripada responden lelaki, manakala bakinya adalah responden perempuan seramai 19 orang (63 peratus). Tidak terdapat jurang perbeaan yang besar dalam pemilihan jantina responden. Kajian ini adalah menilai persepsi pelajar-pelajar, oleh itu, jantina yang dipilih perlulah seimbang agar jawapan yang diperolehi tidak memihak kepada satu jantina sahaja.



                                                                                                                                                             
4.1.3 Bangsa


Rajah 3 Bangsa Responden
Sumber : Kajian Lapangan (2014)
Bersadarkan hasil kajian, daripada 30 orang responden yang disoal selidik, responden yang berbangsa Melayu seramai 13 orang (43 peratus), Cina seramai 8 orang (27 peratus) dan 9 orang responden  (30 peratus) berbangsa India.Responden yang dipilih berdasarkan keperluan kajian dan kelapangan responden pada masa tertentu.



                                                                                                
DAPATAN KAJIAN
ANALISIS AKTIVITI-AKTIVITI LARIAN STAR PUTRA YANG DAPAT MEWUJUDKAN PERPADUAN DI SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA, KULAIJAYA.

Rajah 1 : Aktiviti-aktiviti yang dilakukan semasa Larian STAR Putra diadakan.
Sumber : Kajian Lapangan (2014)
            Setiap acara yang dijalankan mempunyai aktiviti-aktiviti yang tersendiri dalam mencapai objektif sesuatu aktiviti itu dijalankan. Jesteru itu, Larian STAR Putra SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulaijaya menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti yang dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar-pelajar dan menggalakkan penglibatan pelajar-pelajar berbilang kaum untuk menyertai semua aktiviti yang dilakukan.Terdapat sembilan aktiviti yang dapat memupuk perpaduan iaitu aktivitiberkumpul di tapak perhimpunan mengikut kelas / rumah sukan, aktiviti taklimat Larian STAR Putra yang disampaikan oleh guru bertugas, aktiviti regangan
yang diketuai oleh olahragawan sekolah, pergerakkan ke garisan permulan mengikut ketegori secara terkawal, aktiviti Larian STAR Putra dijalankan, aktiviti rehat bersama rakan-rakan selepas larian, aktiviti penyampaian hadiah yang diberikan kepada pemenang setiap kategori, ucapan penutup Larian STAR Putra oleh pengetua dan aktiviti nyanyian lagu Negaraku sebagai penutup acara.
Oleh itu, analisis akan membincangkan aktiviti-aktiviti dalam acara Larian STAR Putra di SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulaijaya ini. Semua responden memberikan persepsi yang pelbagai. Selain itu, perpaduan adalah elemen yang sangat penting dan harus diterapkan dalam diri pelajar-pelajar sekolah. Melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah, perpaduan dapat dipupuk secara meluas kerana melibatkan semua pelajar pelbagai kaum yang bersekolah di SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulaijaya.
Aktiviti yang pertama ialah berkumpul di tapak perhimpunan mengikut kelas/rumah sukan. Dengan adanya aktiviti ini, pelajar dapat berkumpul dan berbual sesama mereka serta bergurau senda bagi mewujudkan suasana yang ceria dan harmoni. Sebanyak 63 peratus iaitu 19 orang responden setuju dengan penyataan ini. Majoriti responden setuju bahawa aktivit berkumpul di tapak perhimpunan mengikut kelas/rumah sukan dapat mewujudkan perpaduan. Seramai 5 orang responden tidak bersetuju dengan penyataan ini dan selebihnya 20 peratus responden menyatakan tidak pasti. Analisis ini menunjukkan purata bagi penyataan ini adalah bagi skala likert bernombor satu iaitu setuju.
Sejajar dengan aktiviti kedua ialah, aktiviti taklimat Larian STAR Putra yang disampaikan oleh guru bertugas. Majoriti responden bersetuju dengan kenyataan ini iaitu seramai 20 orang responden manakala seramai 6 peratus orang responden tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Dan selebihnya seramai 4 orang responden tidak pasti. Analisis kenyataan ini menunjukkan ramai yang setuju bahawa aktiviti taklimat ini dapat memupuk perpaduan dan mewakili skala likert bernombor 1.
Selain itu, aktiviti ketiga ialah aktiviti regangan yang diketuai oleh olahragawan sekolah adalah diantara aktiviti dalam acara Larian STAR Putra. Seramai 17 orang responden bersetuju bahawa kenyataan ini adalah kesan yang terbaik untuk mewujudkan perpaduan. Diikuti 20 peratus responden tidak besetuju manakala selebihnya seramai 7 orang responden tidak pasti dengan kenyataan ini. Analisis menunjukkan jelas bahawa majoriti responden bersetuju bahawa aktiviti regangan yang diketuai oleh olahragawan sekolah adalah diantara aktiviti Larian STAR Putra yang dapat mewujudkan perpaduan. Aktiviti ini mewakili skala likert bernombor satu.
Di samping itu, aktiviti keempat ialah pergerakkan pelajar ke garisan permulaan mengikut kategori secara terkawal juga merupakan kesan yang mendapat persetujuaan majoriti responden iaini seramai 16 orang responden. Manakala skala likert bernombor dua dan tiga berkongsi jumlah responden yang sama seramai 7 orang (23.3 peratus). Analisis kajian menunjukkan bahawa kebanyakkan responden bersetuju dengan kenyataan ini dan skala likertnya adalah 1.
Aktiviti kelima ialah aktiviti Larian STAR Putra dijalankan juga antara  kesan lain penglibatan pelajar-pelajar terhadap perpaduan. Hal ini kerana semua pelajar diwajibkan bagi menyertai acara ini kecuali pelajar yang mempunyai masalah kesihatan. Skala likert satu menunjukkan seramai 19 orang responden bersetuju bahawa aktiviti Larian STAR Putra dapat mewujudkan perpaduan dan selebihnya pada skala likert bernombor dua sebanyak 13.3 peratus mewakili responden tidak bersetuju manakala skala likert bernombor tiga sebanyak 23.3 peratus responden mewakili bilangan responden tidak pasti dengan kenyataan ini. Analisis menunjukkan purata pelajar memilih aktiviti ini sebagai aktiviti yang mampu mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar.
Seterusnya, aktiviti keenam ialah aktiviti rehat bersama rakan-rakan selepas larian dapat mewujudkan perpaduan. Seramai 8 orang responden tidak pasti dengan kenyataan ini dan seramai 7 orang responden tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Majoriti responden seramai 15 orang responden ( 50 peratus ). Analisis menunjukkan skala likert bernombor satu mendahului skala likert bernombor dua dan tiga.
Aktiviti ketujuh iaini penyampaian hadiah yang diberikan kepada pemenang setiap kategori merupakan acara kemuncak bagi acara Larian STAR Putra yang dinanti oleh semua pelajar-pelajar. Peratus majoriti yang bersetuju dengan kenyataan ini adalah sebanyak 56.7 peratus dan 23.3 peratus responden tidak bersetuju dengan kenyataan ini.
Selebihnya seramai 6 orang responden tidak pasti dengan kenyataan ini. Analisis kajian lapangan ini jelas menunjukkan skala likert bernombor satu menjadi pilihan responden.
Aktiviti kelapan ialah ucapan penutup Larian STAR Putra yang disampaikan oleh pengetua. Aktiviti ini adalah aktiviti yang wajib dilakukan bagi setiap acara yang dilakukan. Seramai 12 orang responden bersetuju bahawa ucapan penutup Larian STAR Putra dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar manakala seramai 5 orang responden tidak pasti dengan kenyataan ini. Majoriti responden tidak bersetuju degan kenyataan yang dinyatakan. Skala likert bernombor dua menjadi pilihan majoriti responden.
Akhir sekali, aktiviti kesembilan ialah aktiviti nyanyian lagu Negaraku sebagai penutup acara. Aktiviti ini dilakukan kerana semua pelajar-pelajar pelbagai kaum menaung di bawah satu Negara. Analisis kajian menunjukkan seramai 19 orang responden bersetuju dengan kenyataan yang diberikan dan 9 orang tidak pasti dengan kenyataan ini. Selebihnya, minoriti responden seramai 2 orang tidak bersetuju bahawa aktiviti ini dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar. Skala likert bernombor satu mempunyai majoriti responden.



KESAN-KESAN PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR TERHADAP PERPADUAN DI SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA, KULAIJAYA.
Jadual 1 : Kesan-kesan penglibatan pelajar terhadap perpaduan.
Bil
Soalan
Setuju
Tidak Setuju
Tidak Pasti
F
%
F
%
F
%
1
Menggalakkan interaksi dan komunikasi antara pelajar-pelajar
21
70
4
13.3
5
16.7
2
Membentuk sikap patuh kepada arahan yang diberikan
18
60
5
16.7
7
23.3
3
Mewujudkan suasana kemesraan dalam kalangan pelajar SMK Tunku Abdul Rahman Putra
23
76.7
2
6.6
5
16.7
4
Membentuk sikap kerjasam yang tinggi dalam kalangan pelajar
13
43.3
8
26.7
9
30
5
Mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi
20
66.7
4
13.3
6
20
6
Menzahirkan keprihatinan / empati yang tinggi dalam pelajar
11
36.7
8
26.6
11
36.7
7
Melahirkan insan yang bersikap terbuka terhadap keputusan yang diterima
14
46.6
11
36.7
5
16.7
8
Meningkatkan semangat cintakan negara
15
50
4
13.3
11
36.7

Setiap tahun, SMK Tunku Abdul Rahman Putra menjalankan acara Larian STAR Putra yang melibatkan semua pelajar sekolah ini. Acara ini mendatangkan kesan-kesan kepada pelajar terhadap perpaduan.  Antara kesannya ialah menggalakkan interaksi dan komunikasi antara pelajar, membentuk sikap patuh kepada arahan yang diberi, mewujudkan kemesraan dalam kalangan pelajar SMK Tunku Abdul Rahman Putra. Selain itu, mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi, menzahirkan keprihatinan/empati yang tinggi dalam kalangan pelajar, melahirkan insan yang bersikap terbuka terhadap keputusan yang diterima dan meningkatkan semangat cintakan negara juga merupakan kesan penglibatan pelajar dalam acara Larian STAR Putra terhadap perpaduan.
            Menggalakkan interaksi dan komunikasi antara pelajar-pelajar merupakan kesan penglibatan pelajar terhadap perpaduan. 21 orang responden (70 peratus) bersetuju dengan kenyataan ini manakala 13.3 peratus (4 orang responden) tidak bersetuju bahawa menggalakkan interaksi dan komunikasi antara pelajar-pelajar adalah kesan penglibatan pelajar dalam acara Larian STAR Putra. 5 orang responden pula tidak pasti dengan kesan ini terhadap perpaduan. Analisis ini jelas menunjukkan menggalakkan interaksi dan komunikasi antara pelajar-pelajar merupakan kesan penglibatan pelajar terhadap perpaduan. Buktinya, ramai responden yang memilih skala likert bernombor 1.
            Selain itu, kesan lain penglibatan pelajar terhadap perpaduan ialah dapat membentuk sikap patuh kepada arahan yang diberikan. Pelajar-pelajar akan lebih patuh dengan arahan yang diberikan bagi membantu acara Larian STAR Putra berjalan dengan lancar. 60 peratus (18 orang responden) bersetuju bahawa membentuk sikap patuh kepada arahan yang diberi adalah antara kesan penglibatan pelajar terrhadap perpaduan. 16.7 peratus tidak bersetuju manakala 7 orang responden lagi (23.3 peratus) tidak pasti dengan kenyataan ini. Ini menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa membentuk sikap patuh kepada arahan yang diberikan ialah kesan penglibatan pelajar terhadap perpaduan dalam acara Larian STAR Putra.
            Mewujudkan suasana kemesraan dalam kalangan pelajar SMK Tunku Abdul Rahman Putra juga merupakan kesan acara Larian STAR Putra kepada pelajar terhadap perpaduan. 23 responden (23 peratus) bersetuju, 6.6 peratus (2 orang) tidak bersetuju dan 5 orang (16.7 peratus) pula tidak pasti bahawa mewujudkan suasana kemesraan dalam kalangan pelajar SMK Tunku Abdul Rahman Putra merupakan kesan penglibatan pelajar terhadap perpaduan.Justeru, wajarlah mewujudkan suasana kemesraan dalam kalangan pelajar SMK Tunku Abdul Rahman Putra ini adalah kesan acara Larian STAR Putra terhadap perpaduan.
            Kesan yang seterusnya ialah dapat membentuk sikap kerjasama yang tinggi dalam kalangan pelajar. 13 orang responden (43.3 peratus) bersetuju dengan kenyataan ini. Manakala, 8 orang tidak bersetuju dan 30 peratus lagi tidak pasti bahawa Larian STAR Putra ini dapat membentuk sikap kerjasama yang tinggi dalam kalangan pelajar. Ini menunjukkan skala likert bernombor 1 mendapat respon yang tertinggi.
            Mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi juga merupakan kesan penglibatan pelajar terhadap perpaduan. Larian STAR Putra dapat membantu pelajar dalam mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi. 66.7 peratus (20 orang responden) bersetuju dengan kesan ini. Manakala 13.3 peratus tidak bersetuju dan 6 orang responden tidak pasti bahawa  mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi merupakan kesan penglibatan pelajar terhadap perpaduan. Jelas menunjukkan majoriti responden bersetuju dengan kesan ini.
            Bukan itu sahaja, menzahirkan keprihatian/empati yang tinggi dalam kalangan pelajar juga merupakan kesan penglibatan pelajar terhadap perpaduan melalui acara Larian STAR Putra. Pelbagai persepsi yang telah diberikan oleh responden terhadap kenyataan ini. Seramai 11 responden bersetuju dan 11 (37.7 peratus)  responden lagi tidak pasti. 26.6 peratus iaitu seramai 8 orang responden tidak bersetuju bahawa menzahirkan keprihatinan/empati yang tinggi dalam kalangan pelajar merupakan kesan penglibatan pelajar terhadap perpaduan. Analisis menunjukkan skala likert bernombor 1 dan 3 berkongsi bilangan responden yang sama.
            Melahirkan insan yang bersikap terbuka terhadap keputusan yang diterima adalah antara kesan penglibatan pelajar terhadap perpaduan melalui acar Larian STAR Putra. Majoriti responden bersetuju dengan bilangan responden seramai 14 orang (46.6 peratus) dan 11 orang responden tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Manakala, 16.7 peratus (5 responden) tidak pasti bahawa melahirkan insan yang bersikap terbuka terhadap keputusan yang diterima merupakan kesan penglibatan pelajar terhadap perpaduan. Ini terbukti bahawa melahirkan insan yang bersikap terbuka terbuka terhadap keputusan yang diterima adalah kesan daripada penglibatan pelajar terhadap perpaduan.
            Kesan yang terakhir ialah dapat meningkatkan semangat cintakan negara. Kesan ini menunjukkan seramai 15 orang responden bersetuju, 13.3 peratus (4 orang) tidak bersetuju dan 11 orang responden  (36.7 peratus) tidak pasti dengan kenyataan ini. Analisis ini jelas menunjukkan  meningkatkan semangat cintakan negara merupakan kesan penglibatan pelajar terhadap perpaduan melalui acara Larian STAR Putra. Skala likert bernombor 1 menjadi pilihan majoriti responden.
           

                                                                                                                        
5.0 RUMUSAN
Perpaduan merupakan elemen penting yang perlu dipupuk dalam diri pelajar-pelajar sekolah sejak dari awal. Pelbagai aktiviti dilakukan bagi membolehkan perpaduan wujud dalam diri pelajar pelbagai bangsa kerana bernaung di bawah satu negara. Disamping itu, pendekatan sukan adalah antara cara yang sangat berkesan kerana semua bangsa meminati pelbagai jenis sukan. Di sekolah, selain daripada Kejohanan Olahraga Sekolah, acara merentas desa juga merupakan cara lain memberi pendedahan bagi mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah ini.
            Berdasarkan objektif kajian seperti yang telah dinyatakan di awal kajian, demografi reponden yang hadir ketika Larian STAR Putra, majoritinya adalah mereka yang berstatus pelajar. Didapati terdapat pelajar Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan pelajar-pelajar Pra-Universiti. Rata-rata mereka adalah pelajar Pra-Universiti.  Dengan itu, mereka mempengaruhi keputusan kerana mereka mempunyai pandangan yang berbeza mengenai objektif kajian ini.
            Kajian ini turut bermatlamat untuk meninjau pandangan daripada pelajar yang berbilang bangsa kerana mereka mempunyai pendapat yang berbeza. Ini kerana seperti yang dinyatakan sebelum ini, majoriti responden adalah dari kalangan pelajar yang berbangsa Melayu dan diikuti dengan responden berbangsa India dan selebihnya adalah responden yang berbangsa Cina. Elemen ini penting kerana kajian ini berkaitan dengan perpaduan.
            Analisis kajian ini juga, menunjukkan majoriti responden adalah dari kalangan pelajar perempuan dan selebihnya adalah pelajar lelaki. Berkait dengan jumlah jantina responden, maka tidak hairanlah bahawa pelajar perempuan lebih ramai berbanding pelajar lelaki di sekolah ini.
            Akhir sekali, semua elemen-elemen ini membantu kepada penghasilan dapatan kajian seperti yang dinyatakan terlebih dahulu.


6.0 KESIMPULAN
            Hasil daripada kajian lapangan ini, dapatan kajian yang paling penting ialah analisis menunjukkan aktiviti Larian STAR Putra yang dapat mewujudkan perpaduan di SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulaijaya ialah aktiviti taklimat Larian STAR Putra yang disampaikan oleh guru bertugas. Antara kesan-kesan penglibatan pelajar-pelajar terhadap perpaduan di SMK Tunku  Abdul Rahman Putra, Kulaijaya ialah mewujudkan suasana kemesraan dalam kalangan pelajar-pelajar di sekolah ini.

Lampiran

                                                                                                                       
LAMPIRAN
BORANG CATATAN PEMERHATIAN
Nama Penyelidik
:
Nur Amira Syasya Binti Ramle
Tarikh
:

Hari
:
Rabu
Masa
:
07.30 hingga 11.30 pagi
Lokasi
:
SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulaijaya

Item Pemerhatian
:
Catatan
Suasana ketika hari Larian STAR Putra.
:

Aktiviti yang mewujudkan perpaduan.
:

Penglibatan semua pelajar.

:

Hubungan antara pelajar yang berbilang kaum.
:


Pemerhatian terhadap keempat-empat item disertai dengan rakaman foto pegun.
Tanda tangan
……………………………
Tarikh : …………………..

3 ulasan :

Tanpa Nama berkata...

terima kasih yaa . btw, boleh tak kita nak tengok borang temu bual awak?

Tanpa Nama berkata...

Thank for your helping...I hope you can write more interesting blog like this...bye

Unknown berkata...

hi terima kasih. membantu sangat. saya ambil sbgai rujukan ye :)